ABIM & MBM ANJUR FORUM PALESTIN DI HOTEL TAMU, KL

January 11, 2024
Admin Abim

ABIM & MBM ANJUR FORUM PALESTIN DI HOTEL TAMU, KL

11hb Januari 2024 (Khamis): Alhamdulillah, ABIM Pusat, Majlis Belia Malaysia (MBM), Islamic Outreach ABIM Centre dan Institut Bitara telah mengadakan Forum Bitara Ikhtisas dengan topik “Palestin Merdeka: Krisis Asia Barat Ketempangan Ideal Geopolitik Global” bertempat di Hotel Tamu & Suites, Kampung Bharu, Kuala Lumpur.

Forum ini menampilkan dua orang panelis iaitu Sdra. Dzul Aiman Zukefly, Presiden PKPIM dan Dr. Muslim Imran, Pengasas-Pengarah Asia Middle East Center for Reserch and Dialogue (AMEC). Sesi ini dipengerusi oleh Ketua Penerangan MBM merangkap Naib Presiden ABIM, Sdra. Mohamad Fazril Mohd Saleh.

Program ini merupakan sebahagian pengisian sempena “Global Day of Action” yang disambut pada 13hb Januari 2024 (Sabtu) ini di seluruh dunia.

Forum mengupas situasi terkini pergolakan berdarah di Gaza dengan kematian akibat pembunuhan kejam dan penghapusan etnik oleh penjajah Zionis Israel.

Usai program, satu sidang media ABIM dan MBM diadakan sebagai tanda solidariti dan mendesak agar segala usaha untuk mengheret Israel ke muka pengadilan digiatkan agar terhentinya secara kekal kezaliman yang berterusan selama lebih tujuh dekad ke atas warga Palestin.

Di Malaysia, satu himpunan Global Day of Action: Ceasefire Now, Stop the War on Gaza akan berlangsung di hadapan Kedutaan Besar Amerika Syarikat, Kuala Lumpur pada 13hb Januari 2024 (Sabtu) ini.

•••

Bantuan kecemasan buat Palestin diperlukan!

Layari pedulipalestin.com

#GlobalDayOfAction
#MalaysiaBersamaPalestin
#CeaseFireNow
#StopGenocideWar

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR