
14 Jun 2025, Sabtu : ABIM Perak dinobatkan sebagai Johan Kategori Pertubuhan Belia Peringkat Kebangsaan sempena Hari Belia Negara 2025 yang disampaikan sendiri oleh YAB Perdana Menteri di Dataran Merdeka.
Kemenangan ini adalah pengiktirafan atas usaha dan perjuangan berterusan sejak penubuhan ABIM Perak pada tahun 1972, hampir 53 tahun khidmat dan dakwah di bumi bertuah ini.

Kini, ABIM Perak berdiri teguh dengan, 32 Taski ABIM, 4 Sekolah Rendah Islam, 3 Sekolah Menengah Islam dan kini sedang membangunkan Kompleks Pendidikan Al-Ummah di Chemor sebagai pendidikan masa depan.


Tahniah dan terima kasih kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak diatas sokongan dan bantuan sepanjang perjalanan ini.
Terima Kasih seluruh warga ABIM Perak para pendidik, sukarelawan, dan aktivis dakwah yang terus membina, mendidik dan membentuk jiwa generasi.
