ABIM Pulau Pinang Ziarahi Keluarga Pendaki Everest, Hawari Hashim

May 31, 2023
Admin Abim

ABIM PULAU PINANG ZIARAHI KELUARGA PENDAKI EVEREST, HAWARI HASHIM

27hb Mei 2023: Alhamdulillah, Yang Dipertua ABIM Pulau Pinang, Sdra. Ahmad Muzhaffar bin Mohd Shatir bersama pimpinan ABIM Pulau Pinang telah menziarahi keluarga pendaki Everest, Sdra. Muhammad Hawari Hashim, 33, iaitu ibunya, Puan Che Tom Hassan, di Kampung Permatang Kerai Besar, Kepala Batas.

Mereka turut menyertai Majlis Bacaan Yaasin dan solat hajat mendoakan urusan pencarian Sdra. Hawari dipermudahkan.

Pada akhir pertemuan tersebut, Sdra. Muzhaffar telah menyampaikan sedikit sumbangan kepada keluarga mangsa agar dapat meringankan beban mereka.

Sdra. Hawari yang juga orang kelainan upaya (OKU) pendengaran dipercayai hilang selepas berjaya menawan puncak tertinggi dunia itu pada 18hb Mei 2023.

Mangsa merupakan anggota kumpulan sama yang menyertai Misi Malaysia Everest 2023 (ME2023) bersama Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Almarhum Leftenan Kolonel (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacub, 56, yang dilaporkan meninggal dunia ketika misi menakluk Everest pada ketinggian 8,000 meter.

Seluruh warga ABIM menzahirkan tanda simpati dan mendoakan semoga keluarga Sdra. Hawari kuat dan tabah menghadapi dugaan ini.

ABIM juga menghargai usaha kerajaan Malaysia yang berikhtiar dalam misi mencari dan menyelamat beliau di Everest.

•••

Menyumbanglah seikhlas hati anda, walaupun RM1. Klik: https://www.billplz.com/kssb1444H

Dan sertai ABIM di sini: https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR