
𝟏𝟕 𝐌𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐒𝐀𝐁𝐓𝐔 | 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐊𝐈𝐍𝐀𝐁𝐀𝐋𝐔: ABIM Negeri Sabah diwakili oleh Tn. Mohd Zikri bin Zainuddin, TYDP bersama Tn. Mohd Nur Hilmie bin Milus, YDP dan 2 orang pimpinan kanan ABIM Negeri Sabah telah hadir menerima Anugerah Naib Johan dalam Majlis Anugerah Perdana Belia Negara 2025 Peringkat Negeri Sabah (Kategori Pertubuhan Belia) yang berlangsung di Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu.
Majlis penyampaian anugerah ini telah disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah di Kompleks Sukan Likas Kota Kinabalu sejurus selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Belia Negara 2025 Peringkat Negeri Sabah.
Antara kategori lain bagi Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Sabah 2025 ini adalah Kategori Individu Lelaki dan Kategori Individu Wanita.
Majlis turut menyaksikan penyerahan geran kepada ahli Badan Gabungan Majlis Belia Sabah (MBS) termasuk ABIM Negeri Sabah yang diwakili oleh Tn. Mohd Zikri bin Zainuddin, TYDP ABIM Negeri Sabah.

Tahniah diucapkan kepada para penerima anugerah dan geran dalam majlis ini. Turut diucapkan rasa syukur dan penghargaan kepada semua exco dan sekretariat ABIM Negeri Sabah di bawah pimpinan Tn. Mohd Nur Hilmie bin Milus, YDP ABIM Negeri Sabah atas kejayaan mencipta sejarah yang bermakna ini.
Tidak dilupakan penghargaan kepada semua ABIM Daerah di Sabah serta para penyokong gerakan ABIM Sabah yang banyak membantu secara langsung dan tidak langsung sepanjang perjalanan mencapai kejayaan ini. Semoga dengan kejayaan ini, ABIM Sabah terus melakar kecemerlangan dalam usaha dakwah, pendidikan, dan pembangunan khayra Ummah.
