
1-3 Ogos 2025 – Alhamdulillah, pada hujung minggu lalu, ABIM Sabah telah menganjurkan Tamrin Qiyadi yang menghimpunkan saf kepimpinan ABIM dari pelbagai daerah di seluruh Sabah.
Program ini telah berlangsung di Chalet Bonda Rasmin & MT Beach Lodge, Kota Belud, dan memberi tumpuan kepada tema “Berhijrah dan Berjihad: Membina Khayra Ummah”. Fokus utama adalah pengukuhan kefahaman mengenai kepimpinan gerakan Islam, serta elemen-elemen penting dalam memastikan kelangsungan perjuangan dakwah dan tarbiyah.

Tamrin ini turut memperkukuh komitmen terhadap sistem usrah dan tamrin sebagai nadi pembinaan fikrah dan pengurusan gerakan Islam yang tersusun.

En. Khairul Riddhwuan Adha bertindak sebagai jurulatih utama, dengan pengisian khas turut disampaikan oleh Dr. Faridh Hafeez Mhd Omar (Timbalan Yang Dipertua ABIM Pusat) dan Dr. Mohamad Haeqal Ishak (Exco Dakwah & Tarbiyah ABIM Pusat).


Semoga segala ilmu dan roh tarbawi yang diperoleh menjadi bekalan dalam menggerakkan ummah ke arah perubahan yang lebih baik, insyaAllah.
