ABIM Sabah Terima Kunjungan Jerayawara Presiden Majlis Belia Sabah

April 18, 2022
editor@abim

ABIM SABAH TERIMA KUNJUNGAN JERAYAWARA PRESIDEN MAJLIS BELIA SABAH

7hb April 2022 (Khamis): Alhamdulillah, bertempat di Pejabat ABIM Sabah, telah berlangsung Siri Jerayawara Majlis Belia Sabah Ke Badan-Badan Gabungan.

ABIM Sabah telah menerima kunjungan Jerayawara Presiden Majlis Belia Sabah, Sdra. Abqaree Fawwaz Abekan, membincangkan isu teknikal sistem pendaftaran pertubuhan belia, bekerjasama membangunkan modul program kaderisasi pemimpin belia, membantu menambah dan meluaskan keahlian MBS dari 10% ke 25% di seluruh Sabah melalui program penerangan yang berkesan dan memanfaatkan kekuatan jaringan MBS-ABIM-MBM.

Turut bersama dalam sesi ini adalah Sdra. Fazril Saleh (Setiausaha Agung ABIM/Ketua Penerangan MBM), Sdra. Abd Wahid Abd Razak (Setiausaha ABIM Sabah/MBS), Sdra. Putera Aliif Al’Ain Jasni (MUIS), Sdra. Fahmie Ikhwan (IKeBS), Sdra. Muhammad Izuddin (PKPIM) dan Sdra. Mohd Taufik Ismail (MBS).


Layari www.sinarramadan.abim.org.my

Sumbangan anda amat bermakna. Klik: https://www.billplz.com/infaqabim

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR