ABIM SABAH TERUSKAN MISI BANTUAN PASCA BANJIR DI SANDAKAN

January 27, 2022
editor@abim

ABIM SABAH TERUSKAN MISI BANTUAN PASCA BANJIR DI SANDAKAN

“Berat sama dipikul ringan Sama Dijinjing”. Alhamdulillah, ABIM Sandakan, Belia USIA Sandakan, Syarikat Al-Fath Sdn Bhd, dan BungaPads meneruskan misi bantuan Pasca Banjir Sabah di Sandakan.

Bantuan keperluan sekolah, Medical Kit, Keperluan Asrama, serta beberapa makanan ringan disalurkan kepada anak-anak pelajar yang terkesan dengan banjir lalu. Bantuan yang digerakkan oleh Sukarelawan Belia hasil sumbangan yang diterima daripada orang ramai disampaikan pada majlis penyampaian sumbangan di Dewan asrama SMK Segaliud, dan Dewan Utama Masjid Kampung Segaliud.

Turut serta bersama dalam misi bantuan kali ini; Co-Founder BungaPads, Sdri Fitriyati Bakri yang juga merupakan Exco Belia ABIM Sandakan serta penerima Anugerah Belia Negeri Sabah Kategori Wanita Individu Tahun 2021.

Sdri. Fitriyati juga memberikan penerangan dan menyumbangkan kepada anak-anak wanita Pad Kain Wanita yang diinovasikan utk digunakan sebagai alternatif membantu golongan yang kurang berkemampuan membeli pad kain wanita tersebut.

Turut hadir Pengerusi JPKK Kampun Segaliud serta PK Kokurikulum Sk Segaliud bagi menyerahkan sumbangan terus kepada anak-anak dan adik-adik yang terjejas banjir.

Terima Kasih penyumbang, semoga Tuhan mengganjari anda semua dengan rezeki melimpah ruah.


Kenali dan sertai ABIM di sini: https://abim.contactin.bio/

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmudanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR