
16 Mac 2026 – Alhamdulillah, agihan bantuan ABIM diteruskan menerusi Program Nur Ramadan di bawah inisiatif #MADANIMEMBANTU. Program yang dijayakan dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM) ini telah berlangsung di KRT Taman Setapak B.
Presiden ABIM, Sdr. Ahmad Fahmi Mohd Samsudin, hadir bagi menyempurnakan sesi penyerahan bantuan secara langsung kepada para penerima manfaat. Sebanyak 50 pek bakul makanan yang mengandungi keperluan asas telah diagihkan kepada keluarga yang memerlukan di sekitar kawasan tersebut.

Penganjuran program ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan dalam menyemarakkan semangat kepedulian sosial menerusi kerangka Malaysia MADANI. Ucapan setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada semua pihak, khususnya YADIM dan jawatankuasa KRT tempatan, atas kerjasama yang diberikan.
Semoga sumbangan yang disalurkan ini mampu memberikan sedikit kelegaan buat para penerima dan terus menyuburkan budaya bantu-membantu dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia.
