ABIM Sarawak Anjur Program Jelajah Kasih Di Mukim Lundu, Gabung 3 Aktiviti Utama

February 21, 2022
editor@abim

21hb Januari 2022 (Sabtu): Alhamdulillah. Program Jelajah Kasih di Mukim Lundu telah berjaya dilaksanakan anjuran ABIM Sarawak dengan kerjasama pihak Masjid Al-Hikmah, Kampung Biawak.

Program ini menggabungkan 3 aktiviti utama iaitu Kem Bestari Solat, Goyong Royong Masjid dan penyerahan bantuan Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB).

Antara objektif utama pelaksanaan program ini adalah untuk memberi pendidikan rohani kepada anak-anak perkampungan muallaf melalui penerangan mengenai wuduk dan solat disamping sebagai orang tengah menyulurkan bantuan orang ramai kepada mereka yang memerlukan.

Sewaktu Kem Bestari Solat dijalankan, sesi kuiz berkaitan dengan pembelajaran amali wuduk dan solat antara yang mendapat perhatian ramai.

Seramai 31 orang penyertaan anak-anak dari Kampung Biawak dan Pasir Ulu. Ibu bapa turut serta dalam Kem Bestari Solat dan belajar bersama-sama sepanjang sesi berlangsung.

Pihak penganjur turut menyediakan hadiah berupa buku, pensil warna dan botol khas untuk anak-anak yang terlibat. Semoga ilmu yang diajar dipraktikkan dalam kehidupan serta dapat melahirkan generasi yang soleh dan solehah.

InsyaAllah, kami akan bertandang ke masjid Al-Hikmah lagi pada masa akan datang. Terima kasih kepada sukarelawan yang terlibat dan semoga usaha ini diredhai Allah swt.

Pada 22 Januari 2022 (Sabtu), telah dijalankan sesi penyerahan cenderahati dan sumbangan masjid kepada Tuan Hj Rahim Bin Abdullah, Pengerusi Masjid Al-Hikmah, Kampung Biawak oleh Sdri. Aeva Natasha (Setiausaha ABIM Sarawak) dan Sdri. Farah Hana (Pengarah Program).

Terima kasih diucapkan kepada pihak masjid, Urusetia Saudara Kita (USK) daerah Lundu dan warga kampung atas sokongan dalam menjayakan program Jelajah Kasih di Mukim Lundu.

Insya Allah, kita berjumpa lagi pada masa akan datang. Pihak ABIM Sarawak amat mengalu-alukan kerjasama NGO/jabatan dalam penganjuran seperti ini.

Boleh terus hubungi Sdri. Aeva Natasha (Setiausaha ABIM Sarawak) di talian 0178315844 sekiranya anda berminat untuk menjadi sukarelawan ABIM Sarawak dan mengikuti program turun lapangan bersama kami.


Pada 22 Januari 2022 juga, penyerahan bantuan Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB 2022) khusus untuk 30 penerima bantuan daripada Kampung Biawak dan juga kampung Pasir Ulu digerakkan. Penerima adalah dalam kalangan bukan Islam, muallaf, ibu tunggal dan mereka yang memerlukan.

Bantuan ini disampaikan oleh Sdra. Awang Syazuan bin Awang Jaya (Yang Dipertua ABIM Sarawak) kepada Tuan Haji Abdul Rahim bin Abdullah selaku Pengerusi Masjid Al-Hikmah, Kampung Biawak.

Terima kasih atas sumbangan ramai. Teruskan menyokong dan bersama-sama ABIM Sarawak bagi memastikan tiada yang tertinggal tanpa kepedulian.


Kenali & sertai ABIM di sini: https://abim.contactin.bio/ dan https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR