
16 Julai 2025 – Alhamdulillah, ABIM dengan kerjasama Yayasan Taqwa dan ADAB Youth Garage (AYG) telah mengedarkan bantuan persekolahan kepada pelajar-pelajar yang memerlukan. Bantuan kali ini merangkumi baju unit beruniform dan peralatan persekolahan asas.


Hadir menyampaikan bantuan ialah Presiden ABIM, Saudara Ahmad Fahmi Mohd Samsudin. Turut hadir sama Setiausaha Agung ABIM, Saudara Muhamad Aliemran Norasid dan Dr. Abdul Kahar Saprani, Pengerusi AYG Kg. Bukit Cerakah, Jeram.

ABIM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yayasan Taqwa atas sumbangan dan kepercayaan yang diberikan. Semoga usaha ini menjadi amal jariah yang berterusan.
