ABIM Terlibat Anjur Jelajah Anti Scam Peringkat Kebangsaan Di Perlis















ABIM TERLIBAT ANJUR JELAJAH ANTI SCAM PERINGKAT KEBANGSAAN DI PERLIS
20hb Mei 2023 (Sabtu): Alhamdulillah, telah berlangsung Program Jelajah Anti Scam Peringkat Kebangsaan 2023 Peringkat Negeri Perlis yang diadakan di Dewan Kecemerlangan, Kompleks Dewan Kuliah Kampus Alam UniMAP, Pauh Putra, Arau, Perlis.
ABIM terlibat sebagai penganjur bersama, juga ahli dalam Gabungan Anti-Scam Kebangsaan.
Program tersebut telah dirasmikan oleh Pemangku Raja Perlis, DYMM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.













Turut hadir Pengerusi Lembaga Pengarah Cybersecurity Malaysia Jeneral Tan Sri Datoโ Sri (DR.) Haji Zulkifeli Mohd Zin (Bersara), Speaker DUN Kerajaan Negeri, Tuan Russele Eizan yang mewakili Menteri Besar Perlis, dan Naib Canselor UniMAP, Prof. Dato Ts. Dr Zaliman Sauli.
โขโขโข
Menyumbanglah seikhlas hati anda, walaupun RM1. Klik: https://www.billplz.com/kssb1444H
Dan sertai ABIM di sini: https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/