ABIM Tetap Relevan Sebagai Gerakan Dakwah

January 27, 2015
editor-media

23 Januari 2015:- ABIM tetap relevan relevan gerakan dakwah! Begitulah kesimpulan daripada pandangan yang dikemukakan oleh Presiden ABIM, Amidi Abdul Manan. Tambah beliau dalah gerakan dakwah yang komited meratakan kefahaman Islam sebagai Rahmatan Lil ‘Alamin. “Islam datang sebagai Rahmatan lil ‘Alamin dan ABIM bertanggungjawah menyebarkan rahmat tersebut,”  Amidi  ketika temuramah bersama Sinar TV. Beliau berkata demikian ketika menjelaskan tanggapan bahawa ABIM tampak telah kehilangan bisa.

Memperakui keprihatinan masyarakat terhadap penampilan ABIM di khalayak awam, Amidi meyakinkan bahawa ABIM tetap proaktif dalam mengembangkan dakwah menerusi pelbagai kapasiti. “ABIM masih mendapat kepercayaan banyak pihak dalam pelbagai lapisan masyarakat. Sebagai contoh, ABIM terlibat aktif dalam pelbagai jawatankuasa terutama sekali membabitkan kepentingan Islam serta golongan belia,” jelas beliau sambil mengimbau peranan ABIM ketika memberi pandangan dalam isu Transgender (Gender Identity Disorder).

 

 

 

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR