ADAB Youth Garage terus berkembang di Taman Medan dan Kota Damansara

February 10, 2022
editor@abim

Alhamdulillah, impian untuk mewujudkan platform belia dalam komuniti untuk mereka berekspresi dan cakna pada isu semasa dan lokal mula menampakkan hasil dalam pembukaan tahun 2022. Youth Leader Club – ADAB Youth Garage Albiruni membuktikan mereka cakna dan responsif dalam isu banjir Selangor.

Terkini, ahli YLC turun menyampaikan bantuan pek makanan kepada kumpulan sasar di Puchong. Satu kawasan yang tidak kami terokai semasa Misi Banjir Selangor yang lalu. Tahniah YLC Taman Medan. Tahniah Daniel Haikal yang menjadi jurumudi usaha ini.

Salah satu contoh konsep pembangunan Belia dinamakan Youth – Adult Partnership yang menampakkan hasil di AYG Albiruni Taman Medan Zakat Selangor. Doakan mereka untuk terus berbakti dan menjadi suri tauladan yang baik buat komuniti mereka.

Sementara itu, aktiviti dalam Ruang Selamat di ADAB Youth Garage (AYG) Etiqa Cares Kota Damansara diteruskan. Operasi kami kini berjalan seperti biasa. Alhamdulillah, setelah diubahsuai oleh pihak Etiqa General, ruang ini menjadi lebih selesa dan lebih kondusif. Terima kasih Etiqa.


Kenali dan sertai ABIM di sini: https://abim.contactin.bio/

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmudanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR