Aktivis ABIM Terengganu Bermusafir ke Pahang dan Selangor, Bantu Mangsa Banjir

January 2, 2022
editor@abim

Aktivis ABIM Terengganu Bermusafir ke Pahang dan Selangor, Bantu Mangsa Banjir

Alhamdulillah, pada 27 dan 28hb Disember 2021, para aktivis ABIM Terengganu telah menjalankan Misi Bantuan Banjir di Mentakab dan Temerloh, Pahang. Antara lokasi yang disantuni adalah Taman Mentakab Indah, Mentakab; Batu Kapur Bawah 7; dan Kampung Lubuk Layang, Temerloh.

Sementelah, pada 26-28hb Disember 2021, pimpinan ABIM Besut turut menyertai Misi Bantuan Banjir Majlis Belia Daerah Besut ke Temerloh dan Shah Alam.

Di Shah Alam, para aktivis ABIM turut berkesempatan bertemu Sdra. Nik Adham Zainuddin di Sri Muda, Shah Alam. Beliau pernah dinobatkan Johan Kategori Individu Anugerah Belia Perdana Negara (APBN) 2019 peringkat Negeri Terengganu mewakili ABIM Besut. Sdra. Nik turut terkesan dengan tragedy banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam.

Di Kampung Sungai Dingin, Mentakab, Pahang, para sukarelawan menemui sejadah di surau yang ditenggelami air banjir lumpur, tetapi sejadah tempat imam sahaja yang tidak disentuh air dan kering bersih. Surau ini dikunci dan terpaksa dipecahkan dengan kebenaran AJK Surau berkenaan untuk dibersihkan.

Selepas aktiviti mencuci dan membersih, agihan bantuan keperluan asasi dan ibadah turut disampaikan kepada wakil penduduk dan surau.


Alhamdulillah, para aktivis dan sukarelawan ABIM menzahirkan rasa seronok melakukan kerja bersama team yang baik-baik dan saling bekerjasama. Walaupun menghadapi beberapa dugaan dan masalah, tetapi ia berjaya diatasi dengan baik. Pengalaman yang cukup berharga Misi Bantuan Banjir di Pahang dan Selangor.

Kami turut merasai suasana yang indah dan manis ini. Bukan senang nak dapat, kalau tak lalui sendiri. Rugi sesiapa yang tidak terlibat dalam aktiviti kesukarelaan ini. Jadi, tunggu apa lagi? Sertailah mana-mana NGO belia yang berdekatan dengan lokasi  anda!


SERUAN BANTUAN KECEMASAN BANJIR ABIM BESUT

Kepada Allah Subhanahu wa-Ta’ala kita bergantung, sesama masyarakat dan rakyat kita tolong-menolong.

“Memberi bukan tunggu ‘ada’; beramal bukan tunggu ‘kaya’. Menyumbang bukan kerana berada, tapi kerana faham rasanya tiada.”

Ayuh kita sama-sama menyumbang dan menghulurkan bantuan buat mereka yang diuji.

Sumbangan berbentuk barang keperluan, sukarelawan, kewangan ke Akaun Bank Islam 1303-5010-0006-00 (ABIM Daerah Besut)

Sila hubungi: https://wa.me/6014617304https://wa.me/601110532757 (YDP) dan/atau https://wa.me/60148416421 (Ketua Helwa)

Hulurkan tangan, ringankan beban!

Alhamdulillah, syukran. Salam keprihatinan & kasih sayang dari meja petugas lapangan ABIM.

#DaruratBanjir #RakyatJagaRakyat
#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR