Aktivis pengguna, Abang Ali Semboyan meninggal dunia

January 23, 2022
editor@abim

UCAPAN TAKZIAH

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menzahirkan ucapan takziah di atas pemergian ke Rahmatullah – Aktivis Persatuan Semboyan Malaysia (PPSM), Ali Salimin, 55, atau lebih dikenali sebagai Abang Ali.

Beliau meninggal dunia selepas terbabit kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dekat Pagoh, pada hari Sabtu (22hb Januari 2022). Difahamkan, kemalangan berlaku jam 12:15 tengah hari ketika Almarhum menunggang motosikal berkuasa tinggi Harley Davidson.

Almarhum sebelum ini aktif dalam menjalankan kerja aktivis bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Allahummaghfirla-hu warham-hu wa ‘afi-hi wa’ fuan-hu. Sesungguhnya, kita milik Allah Subhanahu wa-Ta’ala selama-lamanya.

Semoga Allah Subhanahu wa-Ta’ala merahmati Almarhum, dan menempatkannya di sisi-Nya Yang Maha Pengasih.

InnaliLlahi wainna ilayhi raajiuun.

#AlFatihah

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR