Anak-Anak Yatim Terima Sumbangan Menjelang Aidilfitri

June 23, 2016
editor-media

21hb Jun 2016 (Selasa): Bertempat di Pasaraya Mydin USJ, Sekretariat ABIM Pusat (SAP) telah menjalankan Program Infaq Ramadhan @ ABIM. Presiden ABIM, Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim serta para pimpinan ABIM, kakitangan, sukarelawan dan aktivis ABIM turut hadir bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar dan berkesan. Program ini melibatkan pembelian baju raya dan penyampaian sumbangan Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB) buat anak-anak yatim dan asnaf yang terlibat. Terima kasih penyumbang budiman, semoga ALLAH SWT menggantikan dengan yang yang lebih baik. Bersama anak-anak ini tidak hanya bersaling pandang; bahkan ruang terhad yang ada diambil sebaiknya mendengar luahan dan perkongsian. Mereka mungkin cilik fizikal, muda usia dan tegar dengan tawa, tetapi minit berselang mereka rupanya lebih dewasa dengan rasa. Kadangkala ada rindu di hujung bicara, ada sedu tertahan membatu. Bila saling berkenalan, masing-masing tunduk bila bicara tentang keluarga. Moga program ini memberikan sedikit kebahagiaan kepada anak-anak Syurga ini. Terima kasih sekali lagi; buat para penyumbang budiman bagi projek Infaq ramadhan @ ABIM serta KSSB.

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR