Angkat Bahasa Melayu Sebagai Pengantar Kedua Rasmi ASEAN: Indonesia - Malaysia Perlu Sama-Sama Tingkat Persefahaman & Elakkan Polemik - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Angkat Bahasa Melayu Sebagai Pengantar Kedua Rasmi ASEAN: Indonesia – Malaysia Perlu Sama-Sama Tingkat Persefahaman & Elakkan Polemik

Kenyataan Media
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
6 April 2022 / 4 Ramadan 1443H

ANGKAT BAHASA MELAYU SEBAGAI PENGANTAR KEDUA RASMI ASEAN: INDONESIA – MALAYSIA PERLU SAMA-SAMA TINGKAT PERSEFAHAMAN & ELAKKAN POLEMIK

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kenyataan Menteri Pendidikan, Kebudayaan, Riset, dan Teknologi Indonesia, Nadiem Makarim mengenai usul yang diketengahkan Malaysia untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama ASEAN.

ABIM menegaskan bahawa usul dan usaha YAB Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob untuk mengangkat Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi Kedua organisasi tersebut, perlu disambut baik dengan mencari kesepakatan yang untuk sama-sama menempatkan lingua ini pada peranan yang strategik.

Ini sejajar dengan fungsi bahasa Melayu sebagai pengantar utama ketika alam Melayu menjadi pusat peradaban kosmopolitan yang memimpin dinamika rantau Asia Tenggara.

Selain itu, perlu ditegaskan dalam persuratan Indonesia sebelum Merdeka, bahasa yang digunakan adalah “bahasa Melajoe” (bahasa Melayu dalam ejaan pengaruh Belanda.) Namun, selepas Sumpah Pemuda bertarikh 28 Oktober 1928 maka digunakan nama Bahasa Indonesia dalam pernyataan jati diri tiga serangkai – “Bertanah air yang satu – Negara Indonesia, Berbangsa yang satu – Bangsa Indonesia, Berbahasa yang satu – Bahasa Indonesia”.

Kenyataan ini juga bersandarkan kepada keputusan nombor 8 Kongres Bahasa Indonesia Kedua yang diadakan di Medan, (28 Oktober – 2 November 1954) yang mengatakan:

“Bahwa asal bahasa Indonesia ialah bahasa Melayu, dasar bahasa Indonesia ialah bahasa Melayu yang disesuaikan dengan pertumbuhannya dalam masyarakat Indonesia sekarang”.

Penggunaan istilah bahasa Melayu juga sifatnya meluas merentas negara, iaitu digunakan oleh mana-mana rumpun Melayu di mana-mana rantau di dunia ini. Justeru, ABIM menegaskan isu bahasa Melayu seharusnya menjadi medan yang menyatukan warga Alam Melayu.

Sebagai jalan tengah untuk mengelakkan polemik serta pertelagahan istilah yang merugikan, antaranya ia boleh diselesaikan dengan penggunaan istilah yang boleh menyatu seperti “Bahasa Melayu – Nusantara”.

Di sini pentingnya untuk kita bersama mengangkat semula Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM) yang merupakan sebuah badan kebahasaan serantau yang ditubuhkan untuk merancang dan memantau perkembangan bahasa Melayu yang merupakan khazanah kosmopolitan rantau Nusantara.

Muhammad Faisal Abdul Aziz
Presiden
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)


Media Statement
Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM)
6 April 2022/4 Ramadan 1443H

RAISE THE MALAY LANGUAGE AS ASEAN’S SECOND OFFICIAL LANGUAGE: INDONESIA AND MALAYSIA NEED A COMMON UNDERSTANDING TO AVOID POLEMICS.

The Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM) refers to the statement by the Indonesian Minister of Education, Culture, Research, and Technology, Nadiem Makarim on the proposal put forward by Malaysia to elevate Malay as an official language in ASEAN.

ABIM stresses that the proposal and efforts of YAB Prime Minister of Malaysia Dato ‘Sri Ismail Sabri Yaakob to elevate Malay as the Second Official Language of the organization should be welcomed, and a strategic role should be agreed upon for this common language.

This is in line with how Malay was used as a primary medium when the Malay world was the center of a Southeast Asian cosmopolitan civilization.

In addition, it should be emphasized that in Indonesian literature before Merdeka, the language used was “Melajoe language” (Malay in Dutch -influenced spelling.) However, after the Sumpah Permuda dated 28 October 1928, the Indonesian name was used in three series of identity statements – “One homeland – Indonesia, one nation – the Indonesian nation, one language – Indonesian “.

This statement is also based on the decision number 8 of the Second Indonesian Language Congress held in Medan, (October 28 – November 2, 1954) which said:

“That the origin of the Indonesian language is Malay, the basis of the Indonesian language is the Malay language which is adapted to its growth in Indonesian society today”.

The use of the term Malay language is also widespread across the country, which is used by any Malay group in any region of the world. Thus, ABIM stresses that the issue of the Malay language should be a language that unites the people of the Malay world.

As a middle way to avoid polemics and detrimental conflicts, a combined term such as “Bahasa Melayu – Nusantara” can be used. Here it is important for us to jointly re-establish the Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia Language Council (MABBIM) which is a regional linguistic body established to plan and monitor the development of the Malay language which is a cosmopolitan treasure of our archipelago.

Muhammad Faisal Abdul Aziz
President
Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM)


Liputan media berkaitan kenyataan media ABIM berkenaan isu ini:

1. Malaysia-Indonesia Perlu Elak Polemik Isu Bahasa Melayu – ABIM. Baca: https://www.dagangnews.com/malaysia-indonesia-perlu-elak-polemik-isu-bahasa-melayu-abim-14483;

2. Elak polemik, ABIM cadang angkat semula fungsi MABBIM. Baca: https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/196506;

3. ABIM syor guna istilah Bahasa Melayu-Nusantara. Baca: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/04/942904/abim-syor-guna-istilah-bahasa-melayu-nusantara;

4. Bahasa rasmi ASEAN: Guna istilah Bahasa Melayu Nusantara – ABIM. Baca: https://www.suarakeadilan.my/post/bahasa-rasmi-asean-guna-istilah-bahasa-melayu-nusantara-abim;

5. Malaysia-Indonesia perlu sepakat jadikan bahasa Melayu, bahasa pengantar kedua ASEAN – ABIM. Baca: https://malaysiapost.com.my/2022/04/06/malaysia-indonesia-perlu-sepakat-jadikan-bahasa-melayu-bahasa-pengantar-kedua-asean-abim/;

6. ABIM gesa Malaysia, Indonesia duduk semeja martabatkan bahasa Melayu. Baca: https://www.malaysiakini.com/news/617101.