
Langkah Awal Membina Ruang Ketiga untuk Belia Perak.
ABIM Perak hari ini turun ke Flat Sri Canolly bersama Team Adab Youth Garage (AYG) bagi meninjau dan membuat pengukuran awal ruang yang bakal dinaik taraf sebagai pusat belia komuniti. Ruang yang dahulunya berfungsi sebagai Perpustakaan Mini ini bakal ditransformasi menjadi Adab Youth Garage – sebuah ruang ketiga untuk anak-anak muda hadir selepas waktu di rumah dan sekolah. AYG akan dibuka setiap hari dari jam 3 petang hingga 10 malam dan dikendalikan oleh tenaga belia yang terlatih, agar mampu menjadi pusat rujukan, pembangunan sahsiah dan tempat istirahat yang bermanfaat.

Ini merupakan AYG pertama yang dibangunkan di Negeri Perak. Doakan usaha kecil ini mampu memberi impak besar buat anak-anak muda di kawasan ini – dan menjadi model untuk lebih banyak ruang belia dibina di masa depan.

