ILTIZAM : PERKONGSIAN PENDEKATAN KESERAKANAN BELIA-DEWASA DALAM PEMBANGUNAN BELIA AYG
22 Jun 2026 – Bertempat di Adab Youth Garage (AYG) Bangi, sesi iltizam bagi Petugas Jamaah dan Agensi kali ini menampilkan perkongsian daripada Muhammad Afiq Ramlee, Ketua Pegawai Operasi Adab Youth Garage (AYG).

Berfungsi sebagai pusat interaktif belia, AYG menyantuni anak muda belia dengan pengisian positif dan menarik selain menyedia ruang selamat bagi mereka.
Sokongan positif dan semangat daripada golongan dewasa/pekerja belia menjadi nadi kekuatan operasi dan pembangunan AYG dalam membimbing dan mencungkil potensi diri anak-anak muda yang hadir di AYG.
Moga beroleh ibrah dan inspirasi untuk terus menyebar dakwah dan berbakti kepada masyarakat.
