Banjir: ABIM Perak Turun ke Lapangan di Selangor, Hulurkan Bantuan

January 2, 2022
editor@abim

Banjir: ABIM Perak Turun ke Lapangan di Selangor, Hulurkan Bantuan

Alhamdulillah, ABIM Perak telah menjalankan Misi Bantuan Banjir di Teluk Intan, Perak pada 22hb Disember 2021 (Rabu). Antara kawasan terjejas yang disantuni adalah Changkat Jong, Teluk Intan.

Penyerahan sumbangan turut dibuat di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Bandaran Teluk Intan (35 keluarga) serta PPS SMK Abdul Rahman Talib (42 keluarga).

Pada 24hb Disember 2021, ABIM Perak telah menyampaikan sumbangan kepada saudara-saudara kita yang ditimpa musibah banjir di Teluk Intan. Di Perak, kawasan Changkat Jong antara yang terjejas teruk dengan tragedi ini. Terdapat 2 buah PPS (Pusat Penempatan Sementara) iaitu di Dewan Bandaran Teluk Intan yang menempatkan 40 keluarga (122 orang) dan Dewan SMK Abdul Rahman Talib 37 keluarga (152 orang).

Para aktivis ABIM Perak sempat juga menyantuni dan mendengar luahan isi hati mereka yang terlibat dengan banjir ini. Didoakan agar mereka terus cekal dan tabah menghadapi musibah.

Sementara itu, ABIM Perak, ABIM Taiping, Majlis Belia Daerah Larut Matang bersama Global Peace Mission (GPM) Perak telah turun ke lapangan di Kuala Langat, Selangor untuk membantu mangsa banjir di sana, pada 27 dan 28hb Disember 2021. Antara lokasi yang disantuni adalah Kampung Bukit Changgang.


Pada 31hb Disember 2021 di Teluk Intan , Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hilir Perak bersama Majlis Belia Daerah Hilir Perak berkesempatan memanjangkan amanah dengan dibantu oleh aktivis ABIM Perak untuk menyerahkan Kotak Bantuan Mangsa Banjir kepada mereka yang terlibat di DUN Changkat Jong.

Terdahulu, pada 11hb Oktober 2021, sebanyak 35 kotak makanan dan barang keperluan asas berjaya diagihkan di sekitar kawasan Kampung Kota; Kampung Sungai Keli; dan Kampung Teluk buluh. Program yang digerakkan oleh ABIM Teluk Intan dengan kerjasama pasukan Dr Madhi Hasan Muallim (Felo Ide Institut Darul Ehsan ) dan Sekretariat Dewan Belia DUN Changkat Jong.

Pada 6hb November 2021, Edaran Bakul Makanan Pemulih telah dijalankan oleh ABIM Perak di sekitar Chemor, Tanjung Rambutan dan Tanah Hitam. Pada 20hb November 2021 (Sabtu), Misi Bantuan Program Bakul Makanan, WADAH-ABIM PERAK-KPIP diadakan, di mana ABIM Perak menyampaikan 46 kotak makanan kepada 46 buah keluarga orang asli di Gopeng.

Sementalah, pada 21hb November 2021 (Ahad), ABIM Perak telah mengadakan Program Bakul Makanan untuk 25 buah keluarga di Manjoi. Sementara itu, pada 17hb Disember 2021, Projek Bakul Makanan 2021 ABIM Teluk Intan diteruskan lagi.

Misi yang digerakkan bersama WADAH Teluk Intan dan Sekretariat Dewan Belia Perak DUN Changkat Jong. Kali ni ABIM Perak mengagihkan sebanyak 44 buah kotak makanan kepada mereka yang memerlukan di sekitar Kampung Terengganu, Durian Sebatang. Para aktivis ABIM juga menyantuni penerima dari kalangan kaum India yang tinggal di situ.


Kepada Allah Subhanahu wa-Ta’ala kita bergantung, sesama masyarakat dan rakyat kita tolong-menolong. “Memberi bukan tunggu ‘ada’; beramal bukan tunggu ‘kaya’. Menyumbang bukan kerana berada, tapi kerana faham rasanya tiada.”

Ayuh kita sama-sama menyumbang dan menghulurkan bantuan buat mereka yang diuji. Hulurkan tangan, ringankan beban!

Alhamdulillah, syukran. Salam keprihatinan & kasih sayang dari meja petugas lapangan ABIM. Semoga dengan bantuan ini dapat meringankan bebanan yang ditanggung sepanjang tempoh Covid-19 serta musibah banjir ini.


Terima kasih diucapkan kepada semua aktivis dan sukarelawan yang berpartisipasi bersama dalam agenda kebaktian ini .

Kenali dan sertai ABIM di sini: https://abim.contactin.bio/

#DaruratBanjir #RakyatJagaRakyat
#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR