
2 Februari 2026 – Alhamdulillah telah berlangsung Bengkel Sukarelawan Psikososial dan Hospital (BESS) kolaborasi bersama antara HELWA ABIM Malaysia, Rahmah Support Team (RST), Hospital Pakar al-Islam Kampung Baru, serta Biro Kesihatan ABIM (BKA) bertempat di Outreach Oasis, Bukit Bintang.
Bengkel ini dirangka khusus untuk melahirkan kelompok sukarelawan yang mempunyai tahap kepekaan yang tinggi serta mampu memberikan sokongan psikososial yang berkesan dan berempati kepada masyarakat yang memerlukan.


Tiga orang panelis telah berkongsi pengisian sepanjang sesi bengkel. Puan Nur Shamimi Shaharom selaku Kaunselor RST menyentuh aspek pengurusan emosi, manakala Dr. Zafri Ismadi Mohd Anis yang merupakan Konsultan Paedatrik dan wakil ABIMedik memberikan kupasan dari sudut klinikal.

Melengkapkan pengisian tersebut, Ustazah Nurul Aisyah Amir Ramli dari Hospital Pakar al-Islam membawa perspektif kerohanian melalui peranan chaplaincy dalam mendepani cabaran di hospital.
Melalui pendedahan ini, para peserta bukan sahaja dibekalkan dengan teori, malah dididik untuk memahami tatacara sokongan yang betul dan beretika agar peranan selaku sukarelawan memberi impak yang lebih berkesan dan berhikmah.
#GerakanIlmuDanBakti#rahmahsupporteam#sukarelawan#helwaabimmalaysia
********
Menyumbanglah seikhlas hati anda, walaupun RM1. Klik infaqabim.com
Dan sertai ABIM di sini: https://app.myabim.my/login
