Buku “Masa Depan Strategik Kebangkitan Islam” Dapat Sambutan Hangat Ketika PBAKL17

May 11, 2017
editor-media

8 Mei 2017, Pesta Buku Kuala Lumpur 2017 (PBAKL):- Alhamdulillah. Haza Min Fadhli Rabbi. Buku “Masa Depan Strategik Kebangkitan Islam” telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan sepanjang PBAKL 17 yang baru sahaja berakhir pada 7 Mei yang lalu. Merujuk kepada kata-kata “masa depan itu perlu dicipta” sepertimana yang yang sering diungkapkan oleh penyunting buku ini, Dr Zulkifli Hasan, ‘Masa Depan Strategik Kebangkitan Islam” turut menampilkan makalah-makalah penting daripada Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI), John Funston, di samping penulisan Presiden ABIM, Mohamad Raimi Ab Rahim, (Mengemudi Gelombang Nahdah : Memartabatkan Khayra Ummah) yang disampaikan ketika Muktamar Sanawi ABIM Kali Ke-45 

“ABIM sentiasa realistik dan berkeyakinan bahawa ikhtiar menjayakan kebangkitan Islam tidak harus bernostalgia lantas terperangkap dalam slogan-retrik ‘kembali ke zaman lampaui yang simplistik dan tidak berpjak di bumi yang nyata, Sesungguhnya tidak akan berlaku Islam dan Nahdah-pembaharuan dan kebangkitan tanpa tradisi ilmu dan kesedaran meluas-conscientisation.” ulas Presiden ABIM, Mohamad Raimi Ab Rahim, dipetik dari kata-kata pendahuluan buku tersebut

Ketika diminta untuk mengulas Istilah ‘masa depan strategik’, Dr Zulkifli Hasan merujuk kepada masa depan yang dibentuk menerusi perancangan yang strategik bukan hanya bernostalgia dengan kegemilangan masa lalu dan bukan juga beremosi dengan kemunduran yang membelenggu. Perancangan strategik dan menyeluruh dengan mengambil kira semua aspek kehidupan berpandukan nas sahih bakal menentukan kebangkitan Islam di abad ke-21 ini. Kebangkitan Islam pula tidak bermakna Islam itu perlu bangkit atau Islam itu perlu dibangunkan.

Sesungguhnya Islam itu sudah sempurna dan ia tidak perlu kepada agenda kebangkitan. Apa yang dimaksudkan dengan kebangkitan Islam di sini ialah kebangkitan umat Islam sama ada dari aspek minda, intelektual, sosio-ekonomi, politik, sains dan teknologi, tamadun dan kesemuanya. Kebangkitan yang diaspirasikan di dalam buku ini juga merujuk kepada agenda kebangkitan yang ‘genuine’ dan ‘sustainable’ dengan menjadikan konsep ‘rahmatan lil’alamin’ atau rahmat ke sekalian alam sebagai asas kebangkitan,” jelas beliau yang merupakan pengkaji serta penulis prolifik dalam bidang “Future Studies” dan kewangan Islam.   

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR