Dae’i Backpackers ABIM Sabah Di Ranau

August 11, 2020
editor-media

 
 
7 Ogos – 9 Ogos 2020, RANAU – Siswazah Muda ABIM (SISMA) Sabah dengan kerjasama ABIM Daerah Ranau dan Gabungan Pelajar Islam (GPI) Ranau telah mengadakan program Dai’e Backpackers (Siri 1) bertempat di kawasan pedalaman Kg. Sumbilingon, Ranau. Program ini telah disertai seramai 23 orang peserta dari lingkungan umur 7-12 tahun.
 
daie backpackers
 
Matlamat program ini ialah mendekati masyarakat desa untuk menjalankan aktiviti dakwah secara dekat dan mengagihkan bantuan asas kepada yang memerlukan, merumuskan kepentingan Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan membina pemahaman Islam, iman dan ihsan yang kukuh dalam diri. Antara aktiviti yang dijalankan ialah klinik solat, klinik mengaji, explorace, sukaneka dan lain-lain lagi.

Semoga syiar dakwah terus tersebar meluas tanpa dibatasi dengan sempadan.

“Jelajah Islah Tanpa Sempadan”

………….

Hebahan oleh,
Unit Media & Arkib
ABIM Sabah

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR