
16 Mac 2026 – Alhamdulillah, HELWA ABIM Malaysia telah berkunjung ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dengan kerjasama Pusat Infaq Wadah (PIW) bagi Kempen Dapur Helwa Ramadan 2026.
Menerusi inisiatif ini, sebanyak 100 pek makanan berbuka puasa telah diserahkan oleh Dr. Fatin Nur Majdina Nordin, Naib Presiden ABIM (HELWA) kepada kakitangan di Bahagian Kecemasan. Agihan ini sebagai tanda penghargaan atas dedikasi para petugas kesihatan yang sentiasa bersiap sedia menyelamatkan nyawa, walau di waktu berbuka puasa.

Terima kasih diucapkan kepada para penyumbang serta pihak pengurusan HKL atas kerjasama yang diberikan bagi melancarkan proses agihan. Semoga usaha kecil ini mendapat keredhaan-Nya. Amin.
