
7 Ogos 2025, Pustaka Raja Tun Uda: Alhamdulillah, Rahmah Support Team (RST) berpeluang menghadiri tayangan filem pendek ‘Di Bawah Langit Distopia’ keluaran Adab Youth Garage (AYG) dan karya Zyrul Blackopi.
Majlis turut dihadiri oleh Datin Paduka Mastura Hj Muhamad (Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor), Puan Norazizah A. Aziz (Penasihat Rahmah Support Team), Dr. Fatin Nur Majdina Nordin (Pengerusi Rahmah Support Team), Tuan Muhammad Nizam Samsudin (Ketua Pegawai Eksekutif), Tuan Muhammad Afiq Ramlee (ketua Pegawai Operasi) dan hadirin yang memberi sokongan bagi filem ini.

RST turut terlibat sama memberikan input dan pandangan daripada sudut kesihatan mental bagi memastikan mesej yang disampaikan adalah jelas dan tepat maknanya. Distopia menggambarkan dunia penuh penindasan, huru-hara, kemiskinan walapun di luar kelihatan teratur atau indah.
Filem Di Bawah Langit Distopia mengangkat realiti kehidupan sebenar masyarakat B40, mengetengahkan isu kemiskinan, tekanan, dan kesihatan mental. Meskipun isu-isu ini sering dipandang enteng, masih ada pihak yang bersedia untuk bertindak.
Di sinilah AYG hadir sebagai ruang selamat untuk kanak-kanak dan remaja yang terkesan oleh ‘distopia’ dalam kehidupan mereka. Biarpun isu ini seakan menjadi kebiasaan pada zaman sekarang, ia tidak bermakna perjuangan ini perlu bergerak sekadar mengikut arus.
Dengarkan suara mereka. Jadilah tempat mereka berpaut.
Tahniah dan syabas AYG atas usaha dan komitmen yang dicurahkan untuk karya bermanfaat ini. Semoga segala penat kita membuka lebih banyak r
