Di Sebalik Kemusnahan Banjir Guru Taski ABIM Kelantan Tetap Bersemangat

January 25, 2015
editor-media

17 January 2015:- Meskipun ditenggelami air serta masih belum menerima bekalan elektrik, Taski ABIM Al-Falah Kampung Laut tetap bersemangat untuk memulakan sesi pengajian sempena semester baru persekolahan 2015.  Begitulah dapatan yang diperolehi ketika Tim Bantuan Pasca Banjir Ke Kelantan mulai 16 sehingga 18 Januari 2015.  Menurut salah seorang dari anggota tim, situasi ini menjawab persoalan mengapa institusi Taski boleh berkembang jauh. “Hatta di tempat ceruk dunia pun Taski wujud. Ada beberapa tempat di Kelantan, masjid di namakan masjid Abim hanya kerana Taski Abim dijalankan dibangunan masjid tersebut. Situasi ini menunjukkan betapa merakyatnya gerakan pendidikan Abim. Merakyatkan dakwah perlu usaha sehingga ke peringkat itu.” jelas anggota misi tersebut kepada wakil Media ABIM.  

Sempena dengan ini pada 17 Januari yang lalu, Pengerusi Majlis Syura Kebangsaan (MSK) Prof Dr Dato’ Mohammed Redzuan Othman serta Presiden ABIM, Amidi Abd Manan, telah menyampaikan sumbangan kepada 100 warga pendidik TASKI dari seluruh negeri Kelantan. Sumbangan ini diberikan untuk membantu warga pendidik tersebut yang turut menjadi mangsa ketika banjir di Kelantan baru-baru ini. 

 

 

 

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR