E-Buku Percuma: FAḌĀ’IL MASJID AL-AQṢĀ - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

E-Buku Percuma: FAḌĀ’IL MASJID AL-AQṢĀ

FAḌĀ’IL MASJID AL-AQṢĀ

Oleh: Shaykh Abd al-Razzāq al-Badr.

Penterjemah: Mohammad Syafiq Ismail

E-buku percuma untuk sebaran.

Masjid al-Aqsa, disebutkan oleh Allah Ta’ala khusus sempena peristiwa Isra’ dan Mi’raj. Ianya dirakamkan oleh Allah di dalam al-Quran, dalam Surah Isra’, ayat 1:

“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid al-Haram (di Makkah) ke Masjid al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya…”

Oleh itu, peristiwa ini, dan masjid yang disebutkan ini ada signifikannya buat seluruh umat Islam. Oleh yang demikian, bersempena sambutan Isra’ dan Mi’raj yang diraikan pada hari ini, 27 Rejab 1443, e-buku kali ini kami membawakan judul Fada’il Masjid al-Aqsa, agar kita dapat menghayati fadilat-fadilatnya sepertimana yang sabit di dalam al-Quran dan al-Sunnah.

E-buku percuma ini boleh dimuatturun dari pautan berikut:

https://drive.google.com/file/d/1EN8jnMBgiW9G555oCKA5DV1oLhElZE0X/view?usp=sharing

Shaykh Abd al-Razzāq al-Badr di dalam karya ini membawa kita merenung fadilat masjid barakah ini, yang disinggahi Nabi ketika peristiwa Isra’.

Oleh kerana Masjid yang kita cintai ini sedang berada di bawah penjajahan zionis, dan sedang dicemar kesuciannya, dan dicabul kehormatannya serta kedudukannya yang tinggi, shaykh mengajak kita merenung akan nasib saudara-saudara kita di Palestin dan bersolidariti bersama-sama mereka yang kini di bawah penjajahan aparteid zionis.

Menjadi kewajiban kita umat Islam seluruh dunia membantu apa saja yang kita upaya dan termampu, serta banyakkan berdoa buat kaum muslimin di sana agar Allah Ta’ala memberikan kekuatan kepada mereka, memperkukuhkan kedudukan mereka, dan agar Allah Ta’ala menghalang serangan dahsyat kaum zionis, dan moga-moga Allah Ta’ala mensucikan Masjid al-Aqsa dari tangan orang-orang zalim dan para penceroboh.

Amin.

Selamat Menghayati Hari Isra’ dan Mi’raj buat semua para pembaca sekalian.

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti