Gema Baru Kebangkitan Islam Bermula Di Negeri Sembilan - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Gema Baru Kebangkitan Islam Bermula Di Negeri Sembilan

Syarahan Perdana Kebangkitan Islam Jilid 2.0 Presiden ABIM dan Muktamar Sanawi ABIMN9 dan PPINS. 23hb Julai 2016 (Sabtu): ABIM Negeri Sembilan dan PPINS menganjurkan Syarahan Perdana sempena Muktamar Sanawi ABIMN9 dan PPINS. Syarahan Perdana kali ini disampaikan oleh Presiden ABIM, Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim bertajuk Kebangkitan Islam Jilid 2.0. Presiden berkongsi gagasan kebangkitan Islam dan menganalisis isu-isu yang melingkari umat Islam masa lalu dan kontemporari. Presiden menelusuri sejarah jatuh bangun gerakan kebangkitan Islam bermula abad ke 19, 20, 21dan hingga ke hari ini. Presiden menggariskan idea segar bagi mendepani realiti dan cabaran masa depan.