Hijrah dan Kemerdekaan: Pengajaran dari Sirah Nabawiah & Tekad Perjuangan Kaum Muslimin

September 1, 2020
editor-media

 

kuliah maghrib sua

*29 Ogos 2020 | Taman Jati, Ipoh: Menjelang sambutan Hari Kebangsaan Ke-63 yang lalu, Setiausaha Agung ABIM, Muhammad Fazril Saleh telah dijemput mengisi Kuliah Maghrib di Masjid Muhammad al-Fateh, Taman Jati (Ipoh). Tema perbincangan kuliah Maghrib kali ini: “Hijrah dan Kemerdekaan: Pengajaran dari Sirah Nabawiah & Tekad Perjuangan Kaum Muslimin” Beberapa perkara disentuh dan dibahaskan:

1. Hijrah al-Rasul dan para sahabat dari Makkah ke Madinah bukan perkara mudah. Namun setelah hijrah, mereka merasakan kemerdekaan dan kebebasan dalam menjalankan ketaatan mereka kepada Allah dan menegakkan syiar Islam;

2. Dakwah al-Rasul termasuklah hijrah ke Madinah, bukan mudah, walau al-Rasul kekasih Allah. Boleh saja memohon ke Hadrat Allah untuk memudahkan segala urusan dakwah tanpa sebarang halangan dan ancaman. Namun itulah sunnah dalam perjuangan, dengan kehendak Allah Taala, justeru dakwah itu urusan yang pasti ada ujian buat hamba-Nya.

3. Mula mewujudkan dalam keluarga dan kelompok terdekat kita akan budaya Islami, budaya ilmu dan budaya bakti.

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR