Jom Bantu! Musibah Kebakaran Asrama Lelaki Di Islamic Outreach ABIM Kelantan (IOAK)

November 22, 2021
editor@abim

MUSIBAH KEBAKARAN ASRAMA LELAKI DI ISLAMIC OUTREACH ABIM KELANTAN (IOAK)

InnaliLlahi wainna ilayhi raajiuun.

Satu kebakaran telah berlaku di asrama lelaki di Islamic Outreach ABIM Kelantan (IOAK) pada 15hb November 2021, kira-kira jam 11:45 pagi ketika semua pelajar berada di kelas pembelajaran.

Beberapa kerosakan dialami iaitu katil, almari, tilam, dinding, siling, pendawaian elektrik, pakaian dan kelengkapan peribadi pelajar termasuk wang tunai.

Aktiviti pemadaman peringkat awal dilakukan oleh para pelajar dan staf yang bergilir-gilir memunggah air dari tali air untuk memadamkan kebakaran.


Pada 21hb November 2021, Yang Dipertua Majlis Belia Negeri Kelantan telah menyampaikan sumbangan Bantuan Kebakaran Asrama kepada IOA Kelantan.

Terdahulu, pada 17hb November 2021, sumbangan untuk meringankan beban IOA Kelantan yang baru ditimpa musibah kebakaran Blok Asrama Lelaki telah disampaikan oleh Pengerusi Global Peace Mission (GPM) Kelantan, Ustaz Mohammad Amin bersama Ustaz Tamizee yang merupakan Ahli Jawatankuasa GPM Kelantan.

Mereka turut meluangkan masa bertemu Tuan Hj Kamarudin untuk menyampaikan sumbangan kepada Tabung Bencana Kebakaran Asrama IOA Kelantan.

Pada tarikh yang sama, ABIM Kelantan turut mengadakan kunjungan ke IOA Kelantan di Pusat Latihan Dan Dakwah Orang Asli (PULDOA), Kok Lanas.

Kunjung hormat ini diadakan bagi menyantuni agensi-agensi ABIM Kelantan dalam memperkenalkan pimpinan terkini ABIM Kelantan. Selain itu juga, ianya adalah bagi mengeratkan hubungan sesama agensi dalam memastikan hubungan usahama terus kukuh dan utuh.

Pihak IOA Kelantan telah diwakili oleh Puan Suhaidah selaku Ketua Pegawai Eksekutif dan ABIM Kelantan diwakili oleh Sdra. Syahiran selaku Yang Dipertua (YDP) ABIM Kelantan. Turut hadir ialah Sdri. Syazwani selaku Setiausaha Kewangan ABIM Kelantan.


Sumbangan prihatin amat diperlukan untuk membantu pelajar-pelajar yang terlibat serta untuk membaiki kerosakan yang dialami…

Derma ikhlas boleh disalurkan melalui akaun berikut :

ISLAMIC OUTREACH ABIM KELANTAN

0303 0000 0777 17 (Bank Muamalat)

Rujukan: Bantuan Kebakaran

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian 0176003878.

Sekian, terima kasih.

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR