Jom hafal dan amalkan doa Anas bin Malik ini.
Beliau adalah sahabat Nabi yang didoakan keberkatan oleh Nabi. Doa beliau ringkas dan mudah, namun mengandungi kebaikan yang sangat banyak.
Abdullah al-Rumi berkata: Suatu hari kami duduk bersama Anas bin Malik. Tiba-tiba seseorang berkata kepadanya: “Wahai Abu Hamzah, rakan-rakanmu meminta engkau berdoa untuk mereka.”
Anas lalu berdoa:
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَنَا ، وَارْحَمْنَا ، وَآتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً ، وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً ، وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
“Ya Allah, ampuni kami, rahmati kami, dan berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, serta selamatkanlah kami daripada azab api Neraka.”
Orang itu berkata: “Tambahkanlah lagi, wahai Abu Hamzah.”
Anas mengulangi doa yang sama.
Orang itu berkata lagi:”Tambahkanlah lagi, wahai Abu Hamzah.”
Anas berkata: “Doa itu telah mencukupi.
Sekiranya Allah memberi apa yang kita minta itu, maknanya kita telah mendapatkan semua kebaikan dunia dan akhirat.” (Musannaf Ibn Abi Shaybah).
Kredit : Dr Umar Muhammad Noor