Assalamu’alaikum warahmatullah wabarakātuh. Jom kita sertai:
PROGRAM MUSABAQAH AL-QURAN BELIA – VIRTUAL
KAEDAH PERLAKSANAAN:
1. Tempoh Pertandingan:Tempoh pertandingan ini adalah selama sebulan iaitu bermula pada 18 April 2022 (16 Ramadhan 1443H) sehingga 10 Mei 2022 (8 Syawal 1443H) jam 5:00 petang. Pemenang akan diumumkan melalui media sosial dan page rasmi pertandingan.
2. Peraturan Peserta:
– Peserta hendaklah berpakaian sopan dan menutup aurat ketika mempersembahkan bacaan dan membuat rakaman video. – Video rakaman hendaklah dimuat naik ke akaun Facebook masing-masing, dan hantarkan pautan video itu (link) ke peti masuk (inbox) Halaman Facebook Musabaqah Al-Quran Belia – Virtual https://www.facebook.com/BeliaBertarannum/
– Setiap video yang dimuatnaik di akaun Facebook masing-masing itu hendaklah ditetapkan pada tetapan ‘umum’, bersama tanda pagar berikut: #BeliaBertarannum #KBS #MBM #HariBeliaNegara2022 #ABIMdiHatiku
– Peserta bebas memilih ayat yang hendak dibaca dari juzuk 1 hingga juzuk 30 al-Quran al-Karim untuk dipersembahkan.
– Peserta dikehendaki membaca bermula daripada ayat yang telah dipilih dalam tempoh tidak melebihi 10 minit. Pengiraan masa bermula dari bacaan isti’azah (أعوذ بالله من الشيطان الرجيم)
– Setiap peserta hendaklah menggunakan sekurang-kurangnya DUA jenis Taranum berbeza untuk dibaca semasa persembahan / rakaman video.
– Peserta hanya dibenar menggunakan jenis-jenis taranum seperti di bawah:
a. Bayyati بياتي
b. Soba صبا
c. Hijaz حجاز
d. Nahwand نهواند
e. Rast رست
f. Sikah سيكا / سيكه
g. Jiharkah جهركة.
3. Kriteria dan Syarat Penyertaan:
(a) Penyertaan adalah secara individu dan percuma serta dibuka secara umum;
(b) Beragama Islam;
(c) Warganegara Malaysia;
(d) Berumur antara 15 – 30 tahun;
(e) Peserta yang pernah menjadi johan dalam Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri / Kebangsaan / Antarabangsa anjuran kerajaan negeri atau persekutuan adalah TIDAK LAYAK untuk menyertai Program Musabaqah Al-Quran Belia Virtual;
(f) Penyertaan akan terbatal sekiranya mana-mana syarat di atas tidak dipatuhi.
*Ada 2 kategori iaitu: Kategori Lelaki; dan Kategori Perempuan.
4. Lima pemenang akan dipilih dan menerima hadiah seperti berikut:
(a) Tempat pertama – RM 500.00, sijil & hadiah iringan.
(b) Tempat kedua – RM 400.00, sijil & hadiah iringan.
(c) Tempat ketiga – RM 300.00, sijil & hadiah iringan.
(d) Tempat keempat – RM 150.00, sijil & hadiah iringan.
(e) Tempat kelima hingga kesepuluh – RM 100.00, sijil & hadiah iringan.
(f) Saguhati – sijil & hadiah iringan.
Ayuh budayakan al-Quran meliputi setiap lapisan masyarakat. Jom bertarannum!