
TAHNIAH Abim Negeri Sembilan atas penganjuran dan kehadiran Abim Melaka atas partisipasi sama dalam TOT Diriku Permata Berharga (DERMAGA) peringkat Negeri Sembilan pada 1 – 2 September 2018. TOT kali ini mengumpul dan mempersiap 40 jurulatih yang bersedia turun lapangan bagi proses pendidikan tidak formal dalam isu pendidikan reproduktif remaja khusus di Negeri Sembilan dan Melaka. ABIM menawarkan khidmat program pendidikan ini kepada mana-mana sekolah mahupun pusat tumpuan komuniti termasuklah masjid atau surau dalam zon Negeri Sembilan dan Melaka yang besar hati untuk bersama dalam program pendidikan remaja masing-masing. Hubungi kami ya!
—————————————-
Fakta tentang DERMAGA
– Diriku Permata Berharga.
¤ DERMAGA diilhamkan bagi membantu mengukuh kefahaman dan menyampai maklumat berkaitan kesihatan reproduktif remaja.
¤ DERMAGA membantu memahamkan bahawa remaja juga punya tanggungjawab menjaga diri sendiri.
¤ DERMAGA datang dengan pakej ABSTINEN bagi membekalkan remaja dengan kaedah mengelakkan diri setelah mengenal pasti tingkah laku berisiko atas sebab diri atau orang lain yang boleh mendekatkan diri pada risiko keselamatan diri.
¤ DERMAGA hadir menyantuni keperluan pendidikan dan pencegahan – ‘informal social control’ melalui perkongsian dan pesan yang lebih dekat dengan anak-anak.
