Kalimah Allah : ABIM Tidak Setuju Labelkan Murtad Pertikai Keputusan Mahkamah

January 18, 2013
editor

18 Januari 2013 – Angkatan Belia Islam Malaysia atau ABIM kurang bersetuju dengan kenyataan Datuk Nooh Gadut kononnya orang Islam yang mempertikaikan keputusan Mahkamah Rayuan berhubung penggunaan kalimah Allah oleh pihak gereja Roman Katolik boleh menjadi kafir serta murtad. Sebaliknya, menurut presidennya Amidi Abdul Manan, kenyataan Penasihat Majlis Agama Islam Johor itu menggelirukkan dan memerlukan perbincangan dan kajian yang lebih mendalam, terutama sekali apabila ia menyentuh secara langsung kedudukan serta taraf keimanan seseorang.

 

Usaha Herald menggunakan Kalimah Allah sememangnya menurut beliau telah dijangka akan mengundang pelbagai polemik di negara ini, dengan mengambil kira latarbelakang usaha dakwah yang dilaksanakan semenjak ratusan tahun yang lalu. Untuk ulasan penuh sila klik pada link berikut: http://www.kinitv.com/channel/8/dU-l32BQ2XE

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR