Presiden ABIM, Mohamad Raimi Ab Rahim, meminta warga belia tempatan diberikan keutamaan untuk mengisi ruang pekerjaan di dalam sektor-sektor yang memerlukan. Beliau berkata demikian ketika dihubungi Sinar Harian untuk mengulas polemik kemasukan 1.5 Juta pekerja dari Bangladesh untuk mengisi keperluan sektor-sektor tertentu. Di samping itu juga kerajaan perlu merangka serta mengkaji skim gaji yang lebih kompetitif sesuai dengan peningkatan kos sara hidup semasa. Beliau juga menyarankan agar latihan serta pendedahan diberikan kepada golongan berkenaan agar keperluan sektor berkenaan dapat dipenuhi dengan baik.
