KSSB 1435 : Agihan untuk yang 5 buah sekolah di Putrajaya - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

KSSB 1435 : Agihan untuk yang 5 buah sekolah di Putrajaya

Putrajaya, 7 Julai 2014: Sekretariat KSSB telah melaksanakan amanah sumbangan orang ramai yang disumbangkan setakat ini untuk disampaikan dalam siri Kempen Seorang Sekampit Beras (ABIM) bersama pengurusan Masjid Tunku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya di sekitar 5 buah sekolah dengan 120 penerima.

Sumbangan terdiri daripada barang keperluan asas, makanan dan juga pelbagai barangan lain yang dibungkus dalam kotak dengan kerjasama pengurusan Masjid.

…bagi yang sudah biasa, pastikan kalian melipatgandakan sedeqah untuk pahala yang berganda.

…bagi yang baru belajar atau baru ingiin mencuba bersedeqah, usah khuatir, tiada istilah lewat dalam berbuat kebaikan.

Cubalah, dan jadikan bersedeqah amalan kecil yang penting kepada diri. Sungguh, kita akan merasai kelainan dalam hari-hari yang kita lalui. Bertambah berkat dan mudah pastinya…

…yup! Sumbangan anda kami sampaikan.

Berkongsi rasa prihatin dengan melayari www.abim.org.my atau like active-fast center untuk maklumat lanjut. (Rujuk ruangan iklan laman web ABIM untuk maklumat KSSB.

Credit buat pengurusan cemerlang MTMZA tuk program hari ini.