KSSB 2022: ABIM Sasar Bantu 8,000 Keluarga Ramadan 1443H

April 3, 2022
editor@abim

KSSB 2022: ABIM SASAR BANTU 8,000 KELUARGA RAMADAN 1443H

22hb Mac 2022 (Selasa): Alhamdulillah, telah berlangsung Program Iltizam Petugas Jamaah & Agensi di Dewan Pembangunan Belia, Sekretariat ABIM Pusat, Taman. Cemerlang, Gombak. Program berjalan dengan lancar dan harmoni, diserikan dengan Sesi Menghadam Ucapan Dasar (MUDA) oleh Sdr. Muhammad Faisal Abdul Aziz (Presiden ABIM) serta Ucapan Apresiasi Ketua-ketua Agensi ABIM.

Kemuncak majlis adalah Sesi Pelancaran Program “Sinar Ramadan” & “Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB)” oleh Presiden ABIM. KSSB dilancarkan ke seluruh negeri di Malaysia bagi membantu mereka yang memerlukan. KSSB yang telah dilancarkan mulai tahun 2006 kini telah memasuki tahun ke-16 perlaksanaannya.

Program ini adalah salah satu inovasi amal kemasyarakatan yang mana ABIM berperanan menjadi perantara di antara masyarakat yang prihatin dengan golongan du’afa serta kelompok fuqara’ wa al-masakin tanpa mengira latar belakang kaum serta agama.

Dengan purata jumlah penerima di antara 4,000 sehingga 5,000 penerima pada setiap tahun dan mempertimbangkan keperluan yang dijangka mendesak sempena Ramadan kali ini, KSSB cuba mensasarkan agihan sumbangan kepada 8,000 penerima di seluruh pelusuk negara.

Sumbangan akan disampaikan dalam bentuk beras dan pek barang keperluan asas dapur seperti gula, minyak masa, susu, tepung dan bahan-bahan makanan lain bernilai RM80 untuk setiap penerima. ABIM mengalu-alukan sumbangan daripada masyarakat untuk menjayakan kempen KSSB sebagai tanda keprihatinan buat golongan asnaf, fakir dan mereka yang memerlukan.


Ayuh berjuang bersama kami dengan menghulurkan sumbangan melalui program KSSB 1443H:

A. Atas Talian: https://www.billplz.com/kssb1443H


B. Pindahan/deposit wang tunai ke akaun ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA,

Bank Islam 14-023-01-0030552


PERTANYAAN LANJUT: +60126211545 (Pn. Badriah) / kewangan@abim.org.my


Kenali & sertai ABIM di sini: https://abim.contactin.bio/ dan https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR