Lepak Santai : Iqra’ ABIM Mesir Bersama Penggemar Buku Di Mesir
Pada tanggal 1 April lepas, ABIM Mesir cawangan Iskandariah dengan kerjasama Kelab Membaca Zagazig (KMZ) dan ‘Alex Book Movement’ (ABaM), telah berjaya menganjurkan program diskusi santai yang bertajuk Lepak Santai: ‘Iqra’. Program yang bertemakan saranan wahyu pertama ini menyentuh tiga dimensi perbincangan iaitu, satu slot kupasan buku, dua slot perkongsian perspektif mengenai tajuk dan diakhiri dengan bacaan puisi. Program yang bermula pada pukul 7.00 malam dan berakhir pada 10 malam ini disertai oleh 60 orang peserta daripada Kaherah, Iskandariah, Zagazig dan juga Mansoura. Antara pembentang Lepak Santai ialah Sdr. Aiman Nuraref, Exco Negeri ABIM Mesir, Sdr. Murtadha, pengasas ABaM, Sdr. Haziq Aiman, pengasas bersama KMZ dan Nur Khaleeda, aktivis KMZ dan ABIM Mesir