Mahasiswa Malaysia Di Mesir Semarakkan Era Baru Kebangkitan Islam - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Mahasiswa Malaysia Di Mesir Semarakkan Era Baru Kebangkitan Islam

Kaherah Mesir, 15 Disember 2015(Selasa): Presiden ABIM, Saudara Haji Mohamad Raimi Ab Rahim dan Naib Presiden ABIM, Saudara Mohd Khairul Anwar Ismail telah tampil dalam โ€œDiskusi Belia: Ilmuwan Muslim dan Misi Pencerahan Umatโ€ yang dianjurkan oleh ABIM Mesir. Dalam suasana perlumbaan ideologi dan agama untuk merebut pengaruh dikalangan manusia zaman kini, ilmuwan Muslim perlu tampil di tengah-tengah medan menawarkan penyelesaian secara praktik.

Kegagalan ilmuwan Muslim mempersiapkan diri mereka dengan nilaian ilmu yang utuh menyebabkan beberapa permasalahan umat tidak mampu dijawab dengan baik seterusnya mengakibatkan sebahagian masyarakat mencari tempat berpaut lain kerana beranggapan Islam tidak mampu menyelesaikan masalah. Menyedari akan kepentingan ini, ABIM Mesir telah menganjurkan โ€˜Diskusi Belia: Ilmuwan Islam dan Misi Pencerahan Umatโ€™ kepada komuniti Malaysia di Mesir ini.

Dalam suasana perlumbaan ideologi dan agama untuk merebut pengaruh dikalangan manusia zaman kini, ilmuwan Muslim perlu tampil di tengah-tengah medan menawarkan penyelesaian secara praktik. Kegagalan ilmuwan Muslim mempersiapkan diri mereka dengan nilaian ilmu yang utuh menyebabkan beberapa permasalahan umat tidak mampu dijawab dengan baik seterusnya mengakibatkan sebahagian masyarakat mencari tempat berpaut lain kerana beranggapan Islam tidak mampu menyelesaikan masalah.