Majlis Agama Islam Perak & KBI Sasar Bebaskan 100 Asnaf Dari Belenggu Kemiskinan

July 26, 2016
editor-media

IPOH, 24 April 2016 – Majlis Agama Islam Perak (Maipk), menyasarkan untuk mengeluarkan 100 asnaf fakir dan miskin daripada kepompong kemiskinan menjelang akhir tahun ini. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Amiruddin Muhamed berkata, sasaran itu juga dijadikan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi Maipk dalam usaha dibuat berdasarkan kepada usaha serta pendedahan yang diberikan kepada golongan berkenaan setakat ini. Menurutnya, Maipk akan sentiasa membantu khususnya dalam memberi pendedahan serta peningkatan ilmu keusahawanan kepada golongan berkenaan.

“Semua asnaf ini akan ada mentor masing-masing bagi melatih dan membimbing mereka berhubung ilmu keusahawanan. “Setakat ini sudah ada asnaf yang berjaya dan mungkin mereka juga boleh kita undang sebagai mentor,” katanya. Amiruddin berkata demikian pada sidang media sempena Seminar Keusahawanan Asnaf Maipk 2016 Boot Camp di sebuah hotel kelmarin.

Pada majlis itu juga, Amiruddin mewakili Maipk, menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) bersama Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad (KBI) yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azman Mohd Salleh. Sementara itu, Azman berkata, pihaknya yakin seminar berkenaan akan memberi manfaat sekali gus merealisasikan sasaran mengeluarkan seramai 100 asnaf daripada kepompong kemiskinan. (Sumber: Sinar Harian)

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR