Malaysia for Syria & MyFundAction bina masjid untuk pelarian di Syria

October 29, 2021
editor@abim

Alhamdulillah, Malaysia For Syria (MFS) bersama lima (5) orang petugas kemanusiaan dari Malaysia telah berlepas ke Turki dan Syria pada 16hb Oktober yang lalu bagi merasmikan masjid Masjid As-Sabeel (III) di Syria. Masjid ini dibina di kawasan Azaz, Syria untuk pelarian dalaman (IDP) yang terkesan akibat kemusnahan infrastruktur dalam konflik sedekad di negara itu.

MFS merupakan sebuah projek bantuan kemanusiaan di bawah Global Peace Mission (GPM) Malaysia, sebuah agensi kemanusiaan di bawah Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Masjid ini merupakan hasil sumbangan dari rakyat Malaysia dengan kerjasama Malaysia for Syria dan MyFundAction. Masjid ini dibina pada September yang lalu seterusnya dirasmikan pada 21hb Oktober 2021 oleh Datuk Ahmad Azam selaku ahli lembaga pemegang amanah MFS dan merupakan Pesuruhjaya Suruhanjaya Bebas Hak Asasi Manusia (IPHRC-OIC) bersama Abdurrahman Shahin Mufti Kilis dan Majlis Agama Islam Turki (Diyanet).

Ia merupakan masjid kedua dibina di Syria hasil kerjasama MFS dan MFA dan dilengkapi dengan kemudahan untuk aktiviti mengimarahkan masjid seperti kelas pengajian agama, ceramah dan kem bina diri.

Diharapkan masjid ini dapat menjadi lambang simbolik kesepaduan, kasih sayang dan ingatan rakyat Malaysia seterusnya menjadi penyatuan kepada umat dan pemangkin semangat kepada rakyat Syria untuk bangkit kembali.

Selain di Syria, sejumlah RM400,000 lagi diperlukan bagi menyempurnakan pembinaan Masjid As-Sabeel fasa kedua di Lubnan.

Kenali dan sertai ABIM di sini: https://abim.contactin.bio

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 2A/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR
Logo