
12 Jun 2015:- Setiausaha Agung ABIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz bersama pimpinan Abim Negeri Kelantan tinjau mangsa banjir yang masih dalam tinggal di kontena & khemah. Tinjauan ini merupakan sebahagian daripada kesinambungan bantuan mangsa banjir di negeri Kelantan yang dilancarkan ABIM semenjak tragedi banjir besar baru-baru ini.
Sempena Ramadhan & Aidilfitri yang akan mendatang sumbangan akan disampaikan kepada mangsa banjir di Kelantan. Sebarang makluman serta rujukan lanjut boleh dibuat dengan menghubungi Sekretariat ABIM Pusat. “Semoga Allah memberi kekuatan kepada mereka yang sedang tempuhi bulan Ramadhan dalam keadaan menyedihkan,” luah Muhammad Faisal ringkas ketika dihubungi mediabim.
[Masih Ada Mangsa Banjir Di Kelantan Yang Mendiami Kontena & Khemah} 12 Jun 2015:- Setiausaha Agung ABIM, Muhammad…
Posted by Angkatan Belia Islam Malaysia / Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM) on Friday, 19 June 2015
