MB SELANGOR LAWAT RERUAI ABIM PRESS DI #PBAKL PWTC

June 13, 2022
editor@abim

MB SELANGOR LAWAT RERUAI ABIM PRESS DI #PBAKL PWTC

6hb Jun 2022 (Isnin): Alhamdulillah, Menteri Besar Selangor, YAB Dato’ Seri Amirudin Shari sempat melawat dan meluangkan masa di reruai ABIM Press sewaktu Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL). Beliau menzahirkan rasa gembira terhadap mutu penghasilan dan reka letak bahan-bahan bacaan terbitan ABIM Press. Antara yang menarik perhatian beliau ialah Buku “Zaman Kesedaran: Memikir Kembali Wacana Islamis Dan Krisis Timur Tengah” karangan Syeikh Dr. Muhanna al-Hubail, dan diterjemahkan oleh Ustaz Marwan Bukhari A. Hamid.

Naib Presiden ABIM, Sdra. Zairudin Hashim turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Dato’ Seri Amirudin di atas keprihatinan meninjau dan melawat reruai ABIM Press di No. 3225-3226, 3240-3245, Dewan Tun Razak 3, PWTC, Kuala Lumpur.

PBAKL tahun ini masih lagi mengekalkan lokasi yang sama seperti tahun 2019 iaitu di PWTC – yang kini dikenali sebagai Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Pesta buku itu bermula jam 10 pagi hingga 10 malam dan menampilkan lebih daripada 100 pempamer membabitkan penerbit, pengedar dan kedai buku dari dalam dan luar negara.

•••

Sumbangan anda amat bermakna. Klik: https://www.billplz.com/kssb1443H

Dan sertai ABIM di sini: https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/

#ABIMdiHatiku#GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR