Mengapa Dapur Rohani Dianjurkan?

September 30, 2020
editor-media

 

 

Mengapa perlu dapur? Dapur merupakan ruang yang penting dalam sebuah rumahtangga, tidak berasap dapur maka tidak bermayalah seluruh isi rumah tersebut. Begitulah ibaratnya.

Program Dapur Rohani membabitkan wanita dalam kalangan komuniti orang asli dirangka untuk memperkukuh jatidiri dan membina keterampilan seorang wanita, ibu serta suri rumahtangga.

IMG 2813

IMG 2814

Program ini juga diadakan membabitkan golongan ini atas kesedaran bahawa pendidikan yang pertama adalah dari seorang ibu, ibu yang berilmu akan melahirkan anak- anak yang cerdas, pintas dan berwawasan sejurusnya lahirlah sebuah generasi yang bertamadun.

Program ini telah masuk siri yang ketiga. Walaupun ianya pernah tergendala kerana Covid 19. Dipecahkan kepada 3 golongan sasar ( ibu, bapa Dan kanak – kanak). Fokus pengisian program:

– ilmu keibubapaan
– ilmu fardhu – ain
– fiqh wanita
– kebersihan diri & sekitar ( kanak-kanak)
– sukaneka ( kanak-kanak)
– membekal benih tanaman ( golongan bapa)
– kelas masakan ( siri seterusnya)

Kami yakin ” memberi joran adalah method terbaik daripada terus memberi ikan” dalam membina negara bangsa, membina Rasa ummatik Islami.

Terus bersama kami perkukuhkan pendidikan untuk orang Asli.
boleh disalurkan melalui : Bank muamalat 030300000777- 17
(Islamic Outreach Abim kelantan)

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR