angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Menghibur Duka Mereka Yang Buta

MENGHIBUR DUKA MEREKA YANG BUTA

Islam, sebagai sebuah agama dan pengasas ketamadunan, mengangkat kedudukan orang kurang upaya (OKU) di dalam masyarakat.

Al-Quran, kitab rujukan utama umat Islam, memiliki sebuah surah yang diturunkan secara khusus kerana OKU. Sunnah, rujukan kedua terpenting umat Islam, telah merakamkan pelbagai hadis khas berkenaan OKU dan keistimewaan mereka di sisi Allah.

Secara praktikalnya, semenjak awal kemunculan Islam, golongan OKU dilibatkan secara aktif dalam urusan-urusan besar dakwah dan pembentukan awal kerajaan Islam di Madinah.

Ibn Ummi Maktum, seorang sahabat Rasulullah dan juga seorang OKU penglihatan, diutus Rasulullah bersama Mus’ab bin Umair ke Madinah selepas perjanjian Aqabah pertama untuk mengajarkan asas Islam kepada penduduk Madinah.

Al-Zamakhsyari di dalam bukunya ‘Menghibur Duka Mereka yang Buta’ telah menyenaraikan sejumlah tokoh Salafussoleh OKU penglihatan, di antaranya Abu Bakar Al-Siddiq dan Ibn Abbas.

Kekurangan yang dimiliki mereka tidak menghalang mereka untuk menyumbang demi umat; Abu Bakar menjadi khalifah selepas kewafatan Rasulullah, dan Ibn Abbas menjadi ulama tersohor hatta dalam kalangan sahabat Rasulullah.

* Perkongsian daripada al-Fadhil Ustaz Syafiq Ismail at-Tauhidi, Ketua Biro Dakwah ABIM Pusat.

** Dapatkan buku-buku bermutu terbitan ABIM PRESS di sini: https://linktr.ee/abimpressmy atau hubungi: +6013-3916299 (Wani).

#ABIMdiHatiku#ABIMPress