RAIKAN PERBEZAAN DAN PERKUKUH PERPADUAN

April 24, 2026
firdaus Abim


7 April 2026 – Alhamdulillah, ABIM telah hadir dalam pertemuan Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama (HARMONI) yang berlangsung di Le Meridien Putrajaya.


Diterajui bersama oleh YB Datuk Aaron Ago Dagang (Menteri Perpaduan Negara) dan YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan (Menteri Agama), mesyuarat kali ini membincangkan isu gerakan kultus yang memberi pengaruh fahaman melampau serta inisiatif memperkasa program kefahaman silang agama, budaya, dan adat resam bagi memupuk rasa hormat yang lebih mendalam.


ABIM sebagai rakan strategik akan terus komited menyokong inisiatif ini demi masa depan Malaysia yang lebih inklusif. Mari kita raikan perbezaan dan perkukuh perpaduan!

Kredit gambar: Aaron Ago Dagang dan YB. Senator Dr. Zulkifli Hasan

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 2A/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR
Logo