MENGHIDUPKAN RAMADAN, MENYANTUNI INSAN.

March 18, 2026
firdaus Abim

14 Mac 2026 – Alhamdulillah, agihan Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB) kali ini diadakan di Sekretariat ABIM Bangi @ ADAB Youth Garage (AYG) hasil kolaborasi bersamaABIM dan ikhlas.com ini.
Sebanyak 100 pek agihan sumbangan KSSB berjaya disampaikan kepada para penerima manfaat. Sesi penyerahan telah disempurnakan oleh Setiausaha Agung ABIM, Sdr. Ahmad Fawwaz Ahmad Shukri bersama Ketua Biro Pembangunan Keluarga ABIM Pusat, Pn. Aida Muslihah Jaimi.


Turut berlangsung serentak program Semarak Ramadan 2026 yang mengangkat tema Rakan Masjid × Rakan Ramadan peringkat Daerah Hulu Langat. Antara aktiviti utama yang dijalankan termasuklah gotong-royong menyediakan agihan bubur lambuk, majlis khatam Al-Quran, serta aktiviti street dakwah mendekati masyarakat.

Sdr. Mazwan Johar, Penyelaras DUN Sg. Ramal turut berkesempatan hadir meluangkan masa beramah mesra bersama para sukarelawan dan peserta yang terlibat.


Terima kasih kepada AYG, ABIM Bangi, PEPIAS, PKPIM UKM serta rakan-rakan sinergi yang telah menjayakan program ini bersama. Juga pada semua penyumbang.

SinarRamadan1447H

55TahunABIM

GerakanIlmuDanBakti


Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 2A/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR
Logo