Misi Bantuan Banjir ABIM Selangor & ABIM Kedah Ke Batu Pahat, Johor

March 9, 2023
Admin Abim

MISI BANTUAN BANJIR ABIM SELANGOR & ABIM KEDAH KE BATU PAHAT, JOHOR

9hb Mac 2023 (Khamis): Alhamdulillah, sekitar persiapan dan penghantaran Misi Bantuan Banjir ke Batu Pahat, Johor yang dianjurkan oleh WADAH-ABIM-PEPIAS (WAP) Selangor; ADAB Youth Garage (AYG) dan Global Peace Mission (GPM) Malaysia.

Sebanyak 200 pek barangan siap untuk misi banjir kali ini yang akan digerakkan oleh para sukarelawan WAP Selangor dari arah Bangi. Semoga perjalanan diberkati dan dipermudahkan urusan. Mereka mengedarkan bantuan ke PPS Parit Jelutong bersama Skuad Prihatin ABIM Batu Pahat.

Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang menyumbang. Mohon doa agar dipermudahkan perjalanan pergi dan pulang, juga doa kepada semua mangsa banjir agar diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian.

Pada 8hb Mac 2023, Ustaz Hafiz Mustafa Lubis (Timbalan Pengerusi Syura WADAH-ABIM-PKPIM Kedah) bersama sahabat-sahabat turut turun ke Johor dari Kedah, untuk membantu mangsa-mangsa banjir di Johor.

Pada 7hb Mac 2023 (Selasa), ABIM Johor telah mengagihkan serahan sumbangan banjir berbentuk makanan kering di Kampung Spang Loi, Batu Anam, Segamat. Terima kasih kepada para penyumbang dan sukarelawan daripada Maahad Tahfiz Sains Darul Ilmi, Gelang Cincin, Segamat. Penyerahan sumbangan banjir turut dibuat di RnR Yong Peng kepada penduduk sekitar yang terkandas di sana.

Selain itu, ABIM Johor juga menggerakkan bantuan banjir di Pusat Pengumpulan TASKI Parit Raja, Taman Maju, Batu Pahat sekitar jam 1 pagi, 7hb Mac 2023 (Selasa).

Terdahulu, pada 6hb Mac 2023 (Isnin), ABIM Johor telah melakukan serahan sumbangan serta bantuan kepada mangsa banjir di PPS Felcra Sri Wangi, Sri Medan, Batu Pahat.

Bantuan kewangan, pengangkutan dan sukarelawan amat diperlukan ketika ini. Boleh terus hadir ke TASKI Parit Raja, Taman Maju atau berhubung dengan Puan Khadijah: 019-7088228 untuk sebarang maklumat lanjut.

Terima kasih kepada semua sukarelawan yang terlibat. Semoga Allah memberkati usaha kita semua dan memberi ganjaran besar kepada para penyumbang yang budiman.

•••

Ayuh bersama-sama kami membantu meringankan beban mereka. Sumbangan boleh disalurkan melalui:

Tabung Prihatin

Bank Islam: 01014010045659

Rujukan : banjir@johor

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi kami di talian

📞 Pejabat Sekretariat :
http://www.wasap.my/60184740443/SumbanganBanjir2023

📞 Ketua Sekretariat :
http://www.wasap.my/60137890079/SumbanganBanjir2023

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR