
Pada Sabtu 26 Mac telah berlangsung Seminar Islam Rahmatan lil Alamin di Kolej Universiti Insaniah, Kuala Ketil. Seminar ini yang dirasmikan oleh Prof Dr Mohamad Amin bin Abd Rahman Al-Jarumi, Dekan Kuliyah Syariah dan Undang-Undang KUIN turut mengundang Dato’ Dr Siddiq Fadzil, Presiden Kolej Dar Al-Hikmah sebagai pengucaptama seminar. Sebanyak empat kertas kerja dibentangkan meliputi maqasid syariah, masyarakat majmuk, peranan Islam memerangi fahaman ekstremis dan kerahmatan Islam dalam sejarah. Seminar ini dihadiri lebih dari 500 orang peserta ditangguhkan dengan bacaan resolusi oleh Ustaz Zul Azri bin Mohd Sani, YDP ABIM Kedah.
Video Ucaptama Oleh Dato’ Dr Siddiq Fadzil.
.
