Multaqa Petugas Jamaah & Agensi 2023 Berlangsung dengan Cemerlang di BACC

March 11, 2023
Admin Abim

MULTAQA PETUGAS JEMAAH & AGENSI 2023 BERLANGSUNG DENGAN CEMERLANG

11hb Mac 2023: Alhamdulillah, bertempat di Bangi Avenue Convention Centre (BACC), Kajang, telah berlangsung Majlis Multaqa Petugas Jemaah & Agensi 2023. Hadir merasmikan program, Ustaz Dr. Muhamad Razak Idris, mantan Presiden ABIM yang juga kini Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Dalam pidato, Presiden WADAH, Dato’ Hj Ahmad Azam Ab Rahman memperingat kisah qurban Qabil dan Habil – Allah terima qurban Habil yang memberikan terbaik banding Qabil yang beri saki baki hasilnya. Hidup kita, ibadah kita, mati kita untuk Allah kerana Allah, sejahterakan ummat manusia seluruhnya.

Turut menerima Anugerah Jaizah Takrim (10 Tahun Perkhidmatan) adalah Sdra. Muhammad Faisal Abdul Aziz (Presiden ABIM); Sdra. Mohammad Fazril Mohd Saleh (Setiausaha Agung ABIM) dan Sdra. Ahmad Fahmi Mohd Samsudin (Naib Presiden ABIM).

Terima kasih atas kehadiran dan penglibatan semua. Tahniah sekali lagi diucapkan buat semua penerima anugerah. Semoga usaha baik ini digerakkan oleh ramai pihak dan diterima oleh semua. Semoga Allah membalas segala jasa dan bakti seluruh petugas Jamaah WADAH-ABIM-PKPIM & Agensi.

Juga, moga ianya dikira sebagai amal soleh dan diganjari dengan pahala yang berterusan untuk dituai di akhirat kelak.

•••

Menyumbanglah seikhlas hati anda, walaupun RM1. Klik: https://www.billplz.com/infaqramadhanabim

Dan sertai ABIM di sini: https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR